Thursday, November 21, 2013

Intai Kedai Peralatan Industri Kecil Sederhana

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni nak share sikit pengalaman mengunjungi kedai mesin memproses makanan, kedainya kat Taman Sri Gombak, lokasinya betul-betul depan kuil Batu Caves tu, bangunan kedai yang berhadapan dengan kuil dan bukan deretan depan kuil, kalau anda berada di depan kuil anda kena return balik untuk ke sebelah jalan baru nampak ada signboard kecil, senang cerita macam gambar ni lah,

rc alamat

banyak sangat mesin-mesin keperluan untuk usahawan kecil dan sederhana, elok sangatklah orang yang macam iub ni yang tiada langsung tool untuk mengembangkan perniagaan kecilan yang bermula di rumah, nak kata semua keperluan industri kecil dan sederhana ada di sini, kalau mesin yang tiada katanya boleh order dengannya. company ni hanya ada dua cawangan saja satu di gombak dan satu lagi di kota baharu, kelantan.

Ibu kongsikan beberapa keping gambar yang saya ambil untuk simpanan blog saya ni, kalau rasa-rasa nak ceburkan diri dalam industri kecil dan sederhana, mesin yang anda perlukan mungkin ada di sini,


kuali

ni gambar kuali pelbagai guna, mungkin sesuai untuk rendang tok ibu, tapi belum boleh guna yang ni lagi sebab belum ada keperluan untuk masak dalam kuantiti yang banyak, insha allah bila dah ada permis sendiri baru boleh cadangkan mesin ni. Alamakkk!,,, tersnap plak mat ensem di belakang tu heheheh.

mesin sealer cw exp date


yang ni mesin sealer completed with expired date, ibu memang berkenan mesin ni, selain berpuas hati dengan ketebalan saiz sealer dia dan tak perlu susah nak cari mesin expired date lagi. yang ni harganya RM2500. haaa berbaloi lah dengan harganya pun,,,


mesin sealer


yang ni gambar mesin sealer heavy duty foot type, hanya sealer sahaja dan sesuai untuk pembungkusan plastik aluminium, ibu ada tengok mesin expired date manual tapi tak ambil gambarnya dan harganya lebih kurrang RM1500, untuk permulaan boleh guna yang ini ye,,,

Peti ais dan keperluan lain seperti mixed dan macam-macam lagi lah ada gak kat sini, jika anda pun berminat nak tengok boleh ke sini dengan berpandukan alamat yang ibu beri di gambar paling atas sekali. Perkongsian kita cukup takat ini sahaja, insh Allah kita bersua lagi nanti…
 Assalamualaikum…
~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~