Sunday, June 29, 2014

Juadah Buka Puasa Lemang Dan Rendang Tok


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat berpuasa semua,, ('`,)
Kami menyajikan hidangan tradisional untuk anda yang mengemari LEMANG dan RENDANG TOK special dari kami,,, dapatkannya di Pasar Ramadhan Presint 3 (Sebelah Masjid Besi),, Lot 165


Terima kasih banyak pada yang membeli juadah dari kami, selamat menikmati juadah berbuka puasa

Tempahan Perayaan di buka sekarang,,
RENDANG TOK  013-9806306
LEMANG  012-6971022




  

Monday, June 9, 2014

Tempahan Rendang Tok 9.6.14

 

09.06.2014
Nama : Pn Majunum (Repeat Order)
Tempat : Presint 4, Putrajaya
Rendang Tok 300gram X 2 pek


Untuk Tempahan
Whatsapp 013-9806306

Friday, June 6, 2014

Rendang Tok Ke Manila

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam jumaat,, semoga hari ini membawa keberkatan kepada kita semua insha allah,,, mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan,,, minggu ni juga minggu kedua cuti sekolah bagi anak-anak yang bersekolah,, so masih ada satu minggu lagi untuk dihabiskan bersama orang-orang tersayang,, mana yang cuti di kampung, terubat lah rindu nende kepada cucunda tersayang,,,
Dua hari lepas 4 Jun 2014, Pelanggan saya Puan Syarifah Fatimah Abu Bakar telah order rendang tok dengan saya,, alhamdulillah rezeki-Nya tak pernah putus buat kami sekeluarga,,,semasa menghantar rendang tok di Imegresen Putrajaya, Puan Syarifah memberitahu bahawa rendang tok nak di pos ke Manila untuk anaknya yang berada di sana,,, Wawwww rendang tok sampai Manila!!,,, katanya lagi dia nak letak dalam frozen pastu nak pos ke Manila,,,
okey,,, saya kongsikan beberapa tips saya dengan Puan Syarifah Fatimah untuk menjaga kualiti rendang tok,,, hari ni saya juga nak share dengan anda yang ingin tahu untuk menjaga kualiti rendang tok apabila melibatkan perjalanan yang jauh,,, jika anda hendak ke destinasi yang jauh dan perjalanan memakan masa yang panjang,, anda tak perlu masukan rendang tok dalam frozen,,, pek rendang tok mampu bertahan sehingga seminggu pada suhu bilik insha allah,,, anda boleh bawa terus ke destinasi tanpa bekukannya,,, apabila sampai ke tempat yang dituju barulah anda perlu masukan dalam frozen untuk tahan lebih lama,,,
mesra untuk saya ingatkan,,, jika anda sudah bekukan,,, selepas itu baru anda membuat pos laju atau bawa sendiri dengan tidak mengekalkan suhunya,,, ia akan mengakibatkan rendang tok itu di nyah beku,,, so rendang yang dinyah beku kemudian dibekukan semula akan membuatkan rasanya lain dan mengurangkan kualiti rasanya,,,
untuk itu,, pek rendang tok mudah dibawa kemana-mana sahaja yang anda suka dan mudah untuk menguruskannya,,, kepada anda yang sentiasa outstation, apa kata anda cuba produk keluaran saya,,, anda pasti berpuas hati
Saniah Rendang Tok
"Rasa melekat pasti terpikat"



update 06.06.2014

~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~

Wednesday, June 4, 2014