Wednesday, August 11, 2021

RESEPI COKLAT MUFFIN TERBELAH



Salam,,

Bercerita pasal bezday anak kan,, rasa nak buat sesuatu kan??
tapi nak yang mudah je,, simple dan sedap..
yang penting anak-anak suka,, kalau ada tetamu dan kengkawan anak pasti juga suka coklat muffin,,
lagi -lagin kalau dalamnya di tabur coklat chip sebagai hiasan ,, heheheh
ada terbayang tak macam mana bentuk muffin tu,,

Masa aq kat giat mara ni kebetulan ada customer dari CIMB tempah 200 biji muffin coklat dengan vanila,, time ni lah aq ngan kengkawan tolong cikgu ika dan cikgu hajar siapkan tempahan,, aq share sini sebab tak nak hilang resepi yang cikgu ajar,, muffin dia cantik,,gelembung dan terbelah wakkk hahaha,,, sebiji macam muffin gardenia tu yang terbelah tengah-tengah dia hihihi,,

Tapi resepi ni aku ubah sikit saja..  tak perlu guna mixer... guna wisk tangan saja.. mudaah kan... jom kita sediakan bahan dan buat...

Bahan A 
200ml susu penuh krim
1 tbsp cuka makan
*satukan dan ketepikan 
(biarkan selama 10 minit-15 minit)

Bahan B
2 biji telur saiz B
1 1/2 cup gula halus
1 tsp asen vanila

Bahan C
2 cup tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1 cup chocolate chip/nut/badam

CARA
1. Satukan bahan B dan pikul guna wisk sehingga gula larut sepenuhnya, kemudian campurkan bahan A bersama.
2. Pada mangkok lain... satukakn bahan C kecuali coklat chip.. tapis campuran tepung tersebut.
3. Masukan tepung tadi dalam adunan telur, gaul sebati.
4. Masukan bahan akhir iaitu coklat chip
5. Masukan dalam cup dan bakar

Suhu 175
Tempoh 25 minit.