Friday, October 6, 2023

BINA RUMAH ATAS TANAH TANAH SENDIRI

 Assalamualaikum semua,,

hok hok dah berhabuk blog ni,, bersawang dah,,lama tak menulis disebabkan malas dah hehehe,,, Disebabkan zaman teknologi makin canggih,, blog sudah lama ditelan zaman,, sekarang ni zaman tik tok,, jual beli di tiktok, buat vedio di tiktok live di tiktok, nak jual barang pun di tiktok harga murah lagi,,, itu sebablah tiktok ni antara yang paling ramai orang guna,, meseg sampai dengan segera ke pelusuk dunia, tak kiralah ko dukduk dihujung dunia ke, dalam air ke, atas laut ke, atas awan ke, puncak gunung ke, dalam gua ke,, asal ada line semua boleh share di tiktok,, menjana pendapatan pun dari tiktok sekarang ni,,  hebat tak hebat kan??

Saya pun tak ketinggalan guna tik tok,, sapa yang takde tiktok memang rugi lah,, bukan rugi apa tau,, rugi perkembangan semasa hehehe,, ceh macamlah aku ni mengikuti perkembangan semasa kan??,

Key lah,, saya saja je nak share pengalaman buat rumah sendiri di tanah sendiri,, first sekali saya kerja di putrajaya dan duk kuarters di putrajaya,,, nak beli rumah apartment di putrajaya tak layak sebab laki kita kerja sendiri dan tiada pay slip,, ikut kelayakan pun jauh sangat nak tanggung bebas sengsorang hehe,, 

saya pernah apply rumah PPA1M dan dapat tawaran sebab saya tolak kerana pakwe kita plak tak berkenan duk rumah tinggi-tinggi,, alasan pakwe kita susah nak basuh kereta,,, lagi satu kalau pak mertua datang payah rumah tinggi-tinggi,,, lagi satu dia suka rumah yang ada tanah,, ada parking kete depan rumah,, 

tahun 2018 survey  kat mudah.com ada tak orang jual tanah lot sekitar putrajaya, lama jugalah survey dalam 2 ke 3 bulan,,, pastu jumpa lah orang nak jual tanah lot rezeb melayu kat desa putra, sungai merab tu,, ada juga 3 ke 4 lot orang nak jual time 2018 ni,,, mula2 dapat lot betul2 tepi sungai tapi takde akses masuk lot tu,, kena lalu tapak lot rumah orang,, andai kata orang tu nak dirikan rumah saya terpaksa bina jembatan merentas tali air plak,,, satu hal nak buat jambatan kat situ,, cancelled lot yang tu,, pastu dapat plak lot ke2 lorong ke 4,, waktu tu belum ada jalan lagi perkampungan ni,,, sekitar tapak lot ni semuanya paya tau,,, dalam 80 petak lot ni duduk dalam paya dan bersemak,, masa tu tahun 2018 lah,,

saya pun pi lah wat pinjaman di LPPSA, lantik peguam bagai, urusan JPPH lagi,,, pejabat tanah sepang lagi,,, urusan tu dalam masa 1 tahun jugalah baru geran tu bertukar pemilik,,, sekarang ni memang nama saya tapi buat dengan pinjaman  LPPSA kan,, so geran tu LPPSA lah yang simpan sampai lah saya habis bayar baru dapat kat saya,, kira seronoklah dah dapat beli tanah sendiri kan,, tinggal nak buat rumah je lagi,,

okey,, waktu tahun 2018 tu harga tanah lot situ RM158K,, saya layak dapat RM150k saja,, maka selebihnya guna duit sendiri topup bayar ke peguam,, korang tengok saya hutang LPPSA RM150k saja kan,, tu atas kertas ye,, dan kena bayar balik dalam RM300k,, memang double kena disebabkan interest yang dikenakan selama 30 tahun kalau tak silap,, nak ada rumah kan,, kena korban sikit ,, berhutang demi masa depan anak2 ada tempat berteduh,, kotlah dah tak kerja gomen kan,, kenalah keluar kuarters dan duk di rumah sendiri,,,

okey tadi saya ada citer kawasan tanah lot yang saya beli tu berpaya kan,,, ada kontraktor yang telah tambak tanah tu,,, ko bayangkan start tambak tahun 2018 sehingga 2020 baru siap tambah,, rasanya beratus lori tanah dia tambak tu,, sebab memang tinggi dah  tapak tu dan di buat jalan,, kontraktor tu kenakan setiap rumah bayar padanya satu lot tapak sebanyak RM10K,,, saya bayar ansuran sampai sekarang belum habis bayar lagi hehe,, semoga saya tak lupa bayar hutang tu nanti hehe,,

ni baru citer pasal beli tanah lot ye gais,,, nanti saya share plak plan nk buat rumah,, entah berapa ribu plak lah harga nak bina rumah tu kan,,,