Sunday, October 13, 2013

Khidmat Bantuan Penyediaan Rendang Tok


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepakaran saya dalam membantu menyelesaikan masalah penyediaan masakan rendang tok yang berkhasiat, lazat, halal dan tanpa bahan pengawet dengan cepat dan mudah,,, 
"Rasa yang tersendiri, anda pasti nak lagi" 


jom ke saniah rendang tok

sms / whatsapp sekarang 
Saniah Rendang Tok 013-9806306

Thursday, October 10, 2013

Shopping Barang Rendang Tok Di Alamanda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah hari ni kita dapat sama-sama menikmati nikmat Allah swt,,, tadi pergi Eon Big ke Big Eon entahlah yang dulu di kenali sebagai Carefour kat Alamanda,,, tu je lah yang paling dekat,,, ingat nak pergi pagi tadi,,, tapi ada perkara yang perlu di settlekan kat rumah ni dulu,,, adik pulak tido, so,,, kena tunggu dia bangun dululah,,,

sementara tunggu adik bangun,,, saya biasalah meng-update facebook hehehe,, tu je kerja yang saya tak boleh tinggal,,,kalau dah duk rumah mestilah makan tido makan todo je kerjanyn kan??...dalam jam 2petang saya pi Alamanda nak cari bahan mentah untuk tempahan rendang tok untuk penghantaran esok petang, kastemer di kementerian kewangan, putrajaya. katanya anak buah nak balik oversea so kena order sebab nak naik flight,, tak banyak cuma 4 kg saja,,, alhamdulillah walaupun duduk rumah tetap dapat income,,, terima kasih Ya Allah atas nikmat mu itu,,,

sambil beli bahan mentah untuk tempahan sambil beli barang keperluan, stok biskut adik pun dah habis, beli plastik bungkusan rendang, susu segar, sabun dan diadoran... ingat nak lepak2 kat Alamanda,,, tapi kena balik cepat sebab  nak singgah pasar presint 8 plak nak beli serai, santan dan kerisik,,,

alhamdulillah tempahan semalam pun dah pos ke sungai petani, kedah,,, first time dapat kastemer utara tu yang kalut nak cari plastik pakaging,,, harap2 rendang tok saya tu sampai dengan selamat amin,,,

saya baru tempah plastik aluminium kat Taman Daya Johor, insha Allah esok lusa sampai lah order saya tu,,, lepas tu baru boleh pergi wat label pulak,,, sebab ukuran label bergantung kepada plastik aluminium tu,, so kena tunggu je lah,,,

minggu depan insha Allah nak register ngan pos laju,,,, pernah nampak tak kalau kita order online akan dapat plastik pos laju yang warna kelabu oren tu,,, sebenarnya plastik tu kena register ngan pos laju dengan deposit RM500,,, kat sini yang paling hampir pejabat pos bangi,,,

hujan plak petang ni,,, makan kat luar je lah malam ni,,, dapur dah basah tempias kena hujan,,, alasannnn hehehe


~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~

Tuesday, October 8, 2013

Rendang Tok Untuk Page Cover

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurniaan nya dan dengan izinnya saya sihat sepanjang minggu ni cuma satu dua hari ni je ada pening kepala sikit,,,hari ni takde aktiviti sangat,,, seharian asyik ngadap fb sampai berpinau mata,,, maklumlah dah cuti panjang kan,,,adik dah buka cemen kat kakinya,,, dan semakin aktif,,, baru start selesema tu yg overtime malam tadi muahahah,,,

aktiviti hari ni nak wat rendang tok,,, bukan sesaja nak makan tapi ada sebab lain hehehe nak tau??? lau tak memang tak wat lah,, dah selalu sangat makan tu yang jemu tu,,,
sebenarnya saya nak wat cover page untuk "saniah rendang tok" tu yang kena masak rendang,,, pastu ambil gambar rendang pastu sendiri makan muahahah...

ambil gambar yang tak berapa pro,,, tapi kena wat gak lah sebab tak de orang nak ambil kan hehehe.. jadilah daripada ambil copyright orang lain kan??? cam ne cantik tak,,, lau tak santik tak pelah sendiri punya kan hehehe...

jom layan untuk  hari ni punya post,,,,,
~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~

Wednesday, October 2, 2013

Asal Usul Rendang Tok

 
Bismillah,,,
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni saya nak berkongsi mengenai Asal Usul Rendang Tok
Rendang tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara.

Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.

Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional. Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu.

Jika anda mahu mengenali dengan lebih terperinci lagi, ciri-cirinya ialah rendang tok kelihatan kehitam-hitaman, bentuk potongannya kotak-kotak (berbentuk dadu), ianya kering tak berkuah dan salah satu bahan utamanya ialah isi kelapa yang di potong kecil-kecil dan di goreng kemudian barulah dicampurkan bahan lain.

Oleh kerana sekarang susah untuk mendapatkan bekalan kelapa mentah dan pengusaha santan tidak menyediakan perkhidmatan kepala bulat, so saya mengolah bahannya dan masih menggunakan bahan tradisional tanpa menggunakan bahan tiruan dan pengawet. Sememangnya rendang tok sangat berkhasiat, lazat dan disukai ramai.

Setakat ini sahaja perkongsian ilmu mengenai Asal Usul Rendang Tok, inshallah ada kesempatan kita bekongsi resepi pula.

Kepakaran saya membantu menyelesaikan masalah anda yang ingin menyediakan rendang tok yang memakan masa yang lama dalam penyediaanya, renyah untuk disediakan serta kekangan masa dan bekerjaya. Dengan ini, saya sediakan cara mudah dan cepat. Saya sedia menyelesaikan masalah anda untuk menyediakan rendang tok yang berkhasiat, lazat dan halal. 

Sila Whatsapp 013-9806306