Wednesday, October 2, 2013

Asal Usul Rendang Tok

 
Bismillah,,,
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ni saya nak berkongsi mengenai Asal Usul Rendang Tok
Rendang tok memang cukup terkenal di Perak. Namun, tidak keterlaluan jika dikatakan populariti makanan tradisi negeri Seladang itu kini sudah sampai ke seluruh negara.

Rendang tok sebenarnya dikatakan berasal dari Kampung Pisang Batu Gajah, Perak yang kemudiannya tersebar ke kebanyakan daerah di Perak.

Rendang Tok merupakan hidangan Melayu tradisional yang mempunyai cita rasa dan kelazatan yang tersendiri tanpa dicampur bahan pengawet dan perasa tiruan.

Lebih unik lagi, masakan Rendang Tok ini masih disediakan menggunakan cara tradisional iaitu di atas dapur kayu. Hidangan ini dikatakan dibawa secara turun temurun sejak zaman dahulu kerana kaedah masakan yang melibatkan rempah dan bahan tradisional. Nama rendang tok ini juga dikatakan digunakan pada zaman dahulu oleh kerana ia dimasak oleh orang tua pada ketika itu.

Jika anda mahu mengenali dengan lebih terperinci lagi, ciri-cirinya ialah rendang tok kelihatan kehitam-hitaman, bentuk potongannya kotak-kotak (berbentuk dadu), ianya kering tak berkuah dan salah satu bahan utamanya ialah isi kelapa yang di potong kecil-kecil dan di goreng kemudian barulah dicampurkan bahan lain.

Oleh kerana sekarang susah untuk mendapatkan bekalan kelapa mentah dan pengusaha santan tidak menyediakan perkhidmatan kepala bulat, so saya mengolah bahannya dan masih menggunakan bahan tradisional tanpa menggunakan bahan tiruan dan pengawet. Sememangnya rendang tok sangat berkhasiat, lazat dan disukai ramai.

Setakat ini sahaja perkongsian ilmu mengenai Asal Usul Rendang Tok, inshallah ada kesempatan kita bekongsi resepi pula.

Kepakaran saya membantu menyelesaikan masalah anda yang ingin menyediakan rendang tok yang memakan masa yang lama dalam penyediaanya, renyah untuk disediakan serta kekangan masa dan bekerjaya. Dengan ini, saya sediakan cara mudah dan cepat. Saya sedia menyelesaikan masalah anda untuk menyediakan rendang tok yang berkhasiat, lazat dan halal. 

Sila Whatsapp 013-9806306

No comments:

Post a Comment