Sunday, June 23, 2013

Rendang Tok Rezeki Ramadhan

Alhamdulillah...

semuanya berlaku apabila petang semalan ibu terima panggilan dari seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai lesen,,, "Puan, saya pegawai lesen dari perbadanan putrajaya. permohonan puan untuk tapak Bazar Ramadhan 2013 telah lulus, puan boleh ambil surat tawaran pada hari senin dan taklimat pada hari rabu ini, terima kasih"

alangkahnya terujanya mendengar berita tersebut,,,, mana taknya dah lama apply tapak bazar ramadhan,,, hampir tiga bulan menunggu barulah ada jawapan...

tahun nie nak wat lain sedikit dari tahun lepas... tahun lepas wat rendang ngan pulut kuning,,, sambutannya alhamdulillah sentiasa habis,,,
tahun nie mungkin nak wat nasi plak,,, rendang tetap sama iaitu "nasi hujan panas" menu bulan puasa nanti... ada nasi hujan panas, rendang daging hitam, jelatah dan keropok papadom,,,

tahun nie nak wat gak rendang untuk perayaan, menerima tempahan rendang untuk raya aidilfitri 2013,,, sesiapa yang berminat boleh booking macam biasalah, sms atau telefon ibu 012-9806306, rendang brapa kilo yang hendak diorder, deposit RM10 setiap sekilo, no resit akan ibu bagi,,, penghantaran sehari sebelum raya... nak amik sendiri pun boleh kerana kos penghantaran akan dicaj jika luar dari putrajaya...

berbalik pada cerita tadi... persiapan hanya 20% kerana takut permohonan tidak diluluskan kerana maklumlah banyak permohonan, persaing pun ramai,,, rezeki menyebelahi ibu kerana dapat tapak,, lokasinya kat presint 2,

ada lagi beberapa minggu untuk persediaan bazar,,, rasanya bamyak yang kena tambah termasuklah periuk nasi gas yang muatan 10kg,,,, periuk nie belum ada lagi nie,,, kena raner kat jalan raja bot,,, insyallah selepas abih exam minggu depan adalah masa sedikit untuk mencari barang keperluan bazar ramadhan,,, semalam dah survey harga borong keperluan kat pasar borong dan NSK... yang penting beras ngan daging adalah main item yang perlu tahu harganya....

sekarang nie tengah packing papadom dlm plastik kecil... apapun ibu nak ucapkan pada mereka-mereka yang akan membuat persiapan bazar ramadhan,,, selamat bertungkus lumus untuk menyediakan juadah berbuka puasa pada umat islam yang berpuasa... ianya adalah satu ibadah jika niat ikhlas...


No comments:

Post a Comment