Thursday, July 31, 2014

Tempahan Rendang Tok Raya 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahun ni raya turn Perak,, so macam biasalah malam raya atau sehari sebelum raya baru balik kampung,, ada kerja yang perlu di settlekan,, alhamdulillha tahun ni tempahan meningkat berbanding tahun lepas,, Rendang Tok hasil buatan tangan sendiri telah mula dikenali di media massa,,, alhamdulillah tak sia-sia buat facebook Saniah Rendang Tok, Instagram Saniah_Rendang_Tok dan blog dengan nama Coretanhatiibu.com mendapat perhatian pengemar rendang tok di lembah klang,,,
Saya buka tempahan hanya untuk sekitar lembah klang, selangor dan kuala lumpur sahaja kerana saya hanya buat delivery sendiri bermula 25 sehingga 27 julai 2014,, jika tempah di luar kawasan lembah klang buat masa ni memang tak boleh nak supply coz memang tak sempat,, delivery by pos laju awal-awal dah close pada 17 julai lepas,, so kena hantar sendiri untuk tempahan yang dekat-dekat sahaja,,,
Alhamdulillah tak sangka tahun ni banyak tempahan,, sampai tak muat kuali paling besar a.k.a anak kawah,, nasib baik tak melimpah rendang tok dari kuali besar tu hihi,,,tahun depan insha allah kalau buka tempahan nak standby kawah besar sikit,, kena import kawah dari kampung hihi,,,
Orang- orang semua sibuk balik kampung,, saya sibuk buat rencah rendang tok,, hati ni dah sedia maklum tentang persiapan raya,, hanya ala kadar sahaja,, sambil siapkan tempahan, sambil selitkan beberapa kg rendang tok untuk di bawa pulang ke kampung, so tak payah nak masak-masak di kampung,, tinggal panaskan sahaja rendang tok tu di pagi raya,, Jom layan gambar tempahan untuk raya bagi tahun 2014,,


25 Julai 2014,, 27 ramadhan
pasar ramadhan dah start tutup,, buat tempahan raya pula,,

 

Tempahan daripada Pn. Ida di Kementerian Kewangan,, masa puasa hari tu Pn. Ida ada tempah untuk di sedekah kat kengkawan sebanyak 30 set pulut kuning dan rendang tok,, saya bagi extra 150gram rendang tok coz ada lebihan masa masak rendang tok,, alhamdulillah Pn. Ida repeat order untuk raya sebanyak setengah kilo,, Seronok rasanya bila kita boleh share keenakkan resepi 'Ibu Mertuaku' ini,, secara tak langsung membantu menambah nilai hidup orang lain yang kepingin (teringin) sangat dengan rendang tok yang kini susah untuk di dapati kalau tak musim perayaan,, dengan saya bila-bila masa pun anda boleh order!

   
Tempahan ni pula adalah pelanggan yang membeli rendang tok di Pasar Ramadhan Presint 3 Lot 165, selepas merasa keenakkan rendang tok dan lemang sodap di gerai saya terus nak order 5 kilogram untuk tempahan raya,, saya sengaja buat pek-pek setengah kilo dalam aluminium foil kerana pelanggan mahu membawa balik rendang tok ke pasir Gudang Johor,, tak perlu masuk freez,, terus bawa balik Johor, dah sampai johor baru masuk peti ais,, tak perlu dibekukan sebab bukan nak simpan lama kan???,, nak makan terus panaskan,, mudah kan pek travel ni??



26 Julai 2014,,, 28 Ramadhan


Hari ni hanya buat tempahan untuk Pn. Sofiah 3kg rendang tok dan 2kg pulut kuning, pelanggan ni dari Mekkah yang nak balik beraya di Kampungnya di Putra Perdana,, melalui blog dia tempah rendang saya,, sekarang ni mudah kan nak dapatkan apa yang kita inginkan,, hanya search di internat sahaja,, semua ada di depan mata,,,


27 Julai 2014,, 29 Ramadhan


Hari last membuat persiapan akhir untuk pelanggan yang tempah untuk 27 Julai 2014,, lepas buka solat magrib sekejap,, pastu start buat rencah rendang tok, start jam 8.00 malam,, jam 11.00 malam baru start masak rendang,, tahun ni dapat tempahan di luar jangkaan,, tak prepare pun kawah,, macam tahun lepas tak sampai 10 kilogram tempahan,, tahun ni tempahan hampir 20 kilogram,,
Masa buat rencah dah dapat rasakan yang kuali sedia ada tak muat untuk rendang tok kali ini,,, sebab rencahnya aje dah lebih separuh kuali besar tu,, dalam hati tawakal sahaja,, nak ambil kawah kat kampung dah tak sempat,, rencah masak bagi kering sikit,, baru masuk daging,, memang penuh membukit daging tu atas kuali,, kayuh kayu sudip pun slow2 takut melimpah keluar plak,, 
Rasa nak buat dua kali masak,, tapi masa tak cukup sebab target masa jam 8.00 pagi semua dah siap paking,, so terpaksa kayuh kayu sudip tu slow2,, malam tu tawakal je sebab tak de cara lain selain teruskan juga guna kuali besar yang tak rasa besar pada waktu tu hihi,, masak 20 kilogram rendang tok,, mengayuh kayu sudip sorang-sorang di dapur,, oleh kerana suka dengan kerja tu,, tak de orang lain tolong pun tak pe,, badan penat pun tak pe,,, jam tiga pagi pun tak siap lagi,, mata mengantuk sangat sampai tersengok-sengok,, padam api, set jam handfon jam 5.00 baru sambung balik,,
Subuh tu hanya sahur roti dengan kaya, buat air teh panas sahaja,, hari terakhir yang serba ringkas,, sebab ada kerja yang perlu di settlekan,, jam 5.30 sambung masak rendang tok,, alhamdulillah jam 7.30 baru rendang tok siap masak,, bubuh dalam periuk dan letak di bawah kipas syiling sebab nak sejukkan baru boleh paking,,,


 

Untuk tempahan kak Emy ni saya guna aluminium foil,, kak Emy nak bawa travel ke Hong kong,,, untuk pek saya hanya buat isian 300 gram, 500 gram, 1kg sahaja...
Hari last sebelum menyambut syawal delivery ke Petaling jaya, Bandar baru Bangi, UNITEN, Penduduk Putrajaya dan juga ada pelanggan dari raya tahun lepas yang repeat order untuk tahun ni..
Alhamdulillah,, walaupun ada sedikit sukar untuk menyiapkan tempahan pada hari last tu,, akhirnya dapat juga settlekan dengan baik,,
Terima kasih kepada pelanggan yang sudi membuat tempahan rendang tok saya,, yang repeat order tu saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana percaya akan keenakkan rendang tok saya,, insha allah saya akan sedaha upaya cuba membuat yang terbaik untuk pelanggan saya,, jika ada kekurangan boleh bagitahu saya untuk diperbaiki lagi mutu perkhidmatan untuk servis rendang tok ini,, selamat menikmati Rendang Tok 'Rasa Melakat pasti Terpikat',,, 
Selamat menyambut hari raya,,, insha allah raya ketiga saya buka tempahan,,
~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~

No comments:

Post a Comment