Friday, February 13, 2015

Kerana Pulut Aku Terlewat

 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Ni semalam punya citer,, tengahari semalam ambil abang balik sekolah,, sampai rumah macam biasa siapkan dia punya nasi sambil menunggu dia mandi dan bersiap pakai pakaian sekolah agama,, lepas buat nasi untuk abang, lepas solat terus hantar abang ke sekolah an-najah dan saya terus kan kerja di opis,, seperti biasa sebelum ke tempat kerja saya akan rendam pulut untuk dimasak pada malam harinya,, hari tu boleh pulak Terrrrlupaaa,, patutlah rasa macam awal je ke opisss,,, rupanya ada benda yang biasa saya buat, pada hari tu saya lupa nak buat,,Grrrr,, kalau hari2 macam ni boleh fengsan mak!! letih mengejar masa,,

Petang tu balik kerja singgah sekolah agama ambil abang,, adik hari ni ayah dia akan ambil sebab saya guna motor,, selalunya kalu guna kereta saya akan ambil kedua-dua budak bertuah ni,, sampai di rumah saya rehat jap kat sofa,, dalam jam 6.30 petang ada plak cerita korean yang saya follow tanpa miss hehehe,,, boleh pulak terlupa rendam pulut tu lagi,,, saat dah azan magrib baru saya teringat pulut belum di rendam!! Alamakkkk!!! sambil tepuk dahi hehehe,,

Pergi dapur cepat2 timbang pulut, basuh dan rendam dengan serbuk kunyit,, Emmm malam ni mesti kena tidur lewat sebab pulut ni,, selalunya saya rendam pulut tengahari selepas siapkan makan tengahari  irfan , malam kang baru masak,, hari ni tawakal je rendam pulut tu cukup tiga jam baru kukus hihi,,, sebelum ni tak pernah rendam pulut sekejap seperti tiga jam,, selalunya pulut tu saya akan rendam pada tengahari time lunch, malam baru masak,, tak tau lah kali ni pulut kembang ke tak,, tak pe lah saya masak rendang dulu,,sambil merendam pulut,, saya terpaksa masak pulut tu paling last sekali sebab takut pulut tu tak kembang,,

Sambil masak rendang dengan satu tungku,, satu tungku lagi saya masak lauk untuk makan malam,, masak lauk selalunya yang ringkas2 saja sejak ada tender pulut kuning rendang tok ni,, sebab masa tak mengizinkan,,cuma hari cuti baru ada masa nak feling masak gulai atau seangkatan dengannya, itupun kalau tak buat bahan rendang seperti belender cili kering untuk di simpan dalam peti bagi stok seminggu,, setiap hari saya harus masak rendang,, lepas solat magrib saya mula bekerja,,, kelantang kelentung di dapur,, malam tu rekod paling lewat saya tidur,, hampir jam 2 pagi,,,

Ini semua gara-gara lewat rendam pulut,, start kukus pulut jam 11.30 malam,, badan pun dah letih dari hari ke hari bekerja tanpa henti,, dari pagi sehingga lah lewat malam,, kaki pun dah mula kebas dan lengguh,, mata jangan cerita lah,, rasa mengantuk ya amatt,, bila dah mengantuk macam mana nak gaul pulut ngan santan kan??? Walau penattt mengantukkk tetap gigihkan juga menyiapkan saki baki kerja di dapur,, siap masak dah!! tapi tak habis lagi acaranya di dapur tuuu,, masa kemas mengemas pula barang2 keperluan masak yang bertimbun di sinki termasuk lah pinggan makan dan cawan budak bertuah tu,, suka main baling2 je ke kat sinki,, Emmm macam ni lah kalau semuanya anak bujang,, maknya gak yang buat,,

Malam tadi tido kat depan TB je,, dah tak sempat nak ke bilik hihihi,,, bila dah lewat time tidur,, saya kunci jam lewatkan setengah jam untuk bangun seperti biasa,, tapi tersadar jam 6.00 pagi plak,,, Huhh confirm hari ni lewat pi opis,, kejut ayah suh siapkan si irfan ke sekolah, sementara saya paking pulut yang hendak di hantar ke petronas,, hari ni paliang lewat hantar,, tapi alhamdulillah walaupun rendam pulut tu tiga jam saja, nampak cantik bila di kukus,, Huhhh lega hati bila pulut kembang dan cantik,, tapi yang tak cantik hari ni saya kesiangan ke opis,,, punch card jam 8.30 pagi,, T_T,,, marah CC ai nanti!!

Harap2 hari ni saya tak lupa rendam pulut lagi,, dah hari2 buat pun boleh lupa,, tu lah dah berumur ni selalu lupa walaupun perkara tu selalu di buat,, Ya Allah Ingatkan aku andai aku lupa,,

No comments:

Post a Comment