Saturday, February 28, 2015

Schedule Harian Saya


Assalamualaikum  Warahmatullahi Wabarakatu

Salam ceria semua,, alhamdulillah saya masih seperti dahulu hehe,, biasalah dapat peluang untuk menghapdet my lovely blog ngeh ngeh ngehhh,,,

Start hujung bulan Januari lepas saya sibuk dengan jadual baru,,, schedule haraian pun berubah,, aktiviti hujung minggu pun berubah,, serba serbi berubah sedikit,, terutamanya jadual petang ke malam,, kalau hari cuti dari selepas subuh sehingga jam 10 pagi tu lah waktu bizi dengan urusan pembelian bahan mentah dan persiapan bahan untuk stok seminggu,, untuk urusan merebus daging dan masak rendang saya akan buat hari2 pada sebelah petang lepas balik kerja,,

Penat tak??? Jangan ceritalah penatnya macam mana,, mesin kat kilang tu pun ada cuti hari minggu,, selagi mampu saya larat buat saya buat,, kalau tak larat saya akan cuti sehari untuk berehat,, tapi setakat ke hari ni alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik cuma perlu belajar untuk kurangkan waktu tidur,, sekarang ni time tidur pun kena shapp,, sebelum jam 12 malam kena tidur,, tu yang kelam kabut nak berkemas dapur,, bab masak2 tu okey lagi kan,, bab nak membersihkan tu yang makan masa hehe,, kalau dapat tidur awal daripada masa yang di jadual kan tu dah kira baiklah,, tapi selalunya memang jam 12 gak lah siap semua kerja2 dapur tu,, kadang juga terlewat daripada itu,, kalau tak siap pun saya tinggal je periuk belanga kat sinki,, 

Seawal jam 5.00 pagi saya bangun,, membuat paking, menampal stiker dan tarikh luput,, ditemani bunyi2an tarik2 kerusi kat atas rumah tu,,Emmm faham2 lah kan,, hati ni niat nak cari rezeki,, tadah je bunyik bunyian tu hehe,, memang selalu ada sebab rumah atas tu kosong,, harap ia tidak lebih daripada itu,,, 

Hokey,,, biasanya masa tampal2 stiker tu dah berkumandang suara ngaji diikuti dengan azan subuh,, barulah saya kejutkan suami untuk minta tolong hantarkan di petronas,, sambung saki baki kat sinki yang tak siap malam tu,,  pastu siapkan anak2 ke sekolah,,

Hujung minggu yang dulunya saya ke kolam  renang kini dah tukar jadual,, biasanya cuti sabtu dan ahad saya akan hantar sendiri pulut rendang ke petronas dan terus ke pasar borong untuk mencari bahan mentah rendang tok,, pastu buat cili blender untuk stok seminggu,, sebenarnya saya lebih suka guna cili belender sendiri daripada cili boh yang di jual di pasar,, saya tak berapa suka cili boh,, pada saya cili belender sendiri lagi sedap daripada cili boh yang di jual di kedai atau di pasar,,

Memang jimat masa kerana tidak perlu mengambil masa untuk mengisar sendiri cili kering tu,, tapi disebabkan rasa dia ada lari sikit,, lagi satu dia macam ada campuran serbuk,, tak tahulah serbuk apakah itu,, macam santan jugalah,, kalau anda perasan,, santan yang anda guna tu dah di campur dengan serbuk,, mungkin ia tepung atau serbuk lain,, kalau tinggalkan santan semalaman dia akan jadi beku berketul,, saya guna santan Pak Mat,, rasanya orang2 lembah klang fimilia branding santan ni kan?? kat kedai biasa di jual sekilo RM4.50,, bila anda pergi sendiri ke pasar tempat santan Pak Mat tu dapat harga RM3.50 sekilo,,, kalau beli banyak memang berbaloi lah,,

 
Proses timbang dan sukat,, 

Menampal stiker


 
Tagging Tarikh Luput
 walaupun rendang tok tahan berhari-hari lamanya,, 
saya ikut tarikh luput pulut kuning iaitu dua hari ketahanannya,,

 

Pek rendang yang dah siap paking dan label,, bag digunakan untuk menghantar ke petronas,, pink kalerrr ,, cantik kan 8),, dulu beli sebab nak buat EBM (susu perahan ibu) tapi tak pakai2 sampai anak dah putus susu pun,, Setiap kali hantar memang tak banyak,, itu je mampu saya buat,, saya mampu godeh pulut dengan santan sebanyak 2kg je sehari,, kalau lebih boleh fengsang bhahahah,,melainkan ada order dari customer,,, Haaaa kalau ada order 5kg pun saya paksa diri buat,, pastu ambil cuti hehehe,,, cuti kerana tangan lenguh mengayuh pulut ngan santan,,, makin banyak kuantiti makin berat tau nak godeh!!

Ada gak kadang kala ada customer nak beli,, so buat sekali untuk castemer dan hantar mengikut alamat yang diberikan,,, kalau yang jauh saya guna pos laju saja,,ni castemer order untuk sekilo Rendang Tok,,

Nak Rasa?? boleh dapatkan kat Petronas Presint 9,, sebelah Sekolah Rendah Presint 9(2),, berhadapan dengan Balai Bomba putrajaya... 

  

No comments:

Post a Comment