Friday, July 24, 2015

Serupa Tapi Tak Sama


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu
Hai semua,, lama dah tak taip menaip ni,, rasa rindu plak kat blog ni,, bila buka blog ni,, hati terasa nak manaip tapi kekangan masa tu mencemburui saya sejak akhir2 ni,, maklumlah musim raya sedang berlangsung,, 
Oppss Selamat Hari Raya semua!! maaf zahir dan batin,, saya minta maaf jika ada kesilapan yang di sengajakan atau pun tidak,, maklumlah kalau menaip ni ikut rentak hati saja,, tapi tak tahu pun tulisan tu akan menguris pembaca,, kalau ada yang terasa dengan tulisan saya ni,, minta maaf bebanyak ye,, bukan niat di hati nak menyakiti sapa2,, tulisan ni hanya coretan hati nurani saya sebagai seorang hamba Allah yang kerdil,, seorang ibu kepada anak2,, coretan hati seorang isteri dan seorang wanita yang bekerjaya dan berniaga secara kecil2an,,
panjang dah mukadimah kali ni,, harap ia sampai kepada pembaca,, kita mula dari kosong kosong kosonggg balik ye hihihi,, sedangkan lidah lagi teegigit ini kan pula tulisan saya kan,, 
Dah lama saya nak cakap perkara ni,, rasanya ramai dah pelanggan saya bertanya perkara yang sama,, "rasanya memang macam ni ye",,, "awak letak apa ye",, "sedap sangat, macam mana buat ni",,, haaa dan banyak soalan lagi bla bla bla  blaaa..
Satu soalan dari saya "Resepi Masak Merah Chef Wan dan Chef Ismail sama tak??",, Dah tentulah tak sama kan?? nama je sama tapi bahan-bahan mungkin sama dan mungkin ada sedikit yang lain,, cara masak mungkin sama tapi mungkin ada sikit yang beza,, cara hidang pun lain mungkin ada sedikit presentation yang berbeza,,, namun bentuk masak merah tetap sama,, boleh di lihat warnanya merah dan kuahnya likat2 kan,,, 
Samalah juga dengan rendang tok saya ni,, mungkin ada beza sedikit rencah dan bahannya,, mungkin cara masakan saya ada sedikit beza daripada orang lain punya rendang tok,, tapi mostly resepi rendang tok sama saja dengan resepi saya,, masih ada ciri2 rendang tok yang warnanya gelap, dagingnya berbentuk dadu dan kering,,
Ramai daripada pelanggan saya berkata "sedap sangatt" dan repeat order dengan saya,,Alhamdulillah Allah anugerahkan nikmat rasa pada resepi arwah mak mertua saya (orang perak) sehinggalah saya komersialkan resepi tradisi keluarga suami saya ni pada tahun 2009 dan pasarkan di online pada tahun 2013,, alhamdulillah sambutan memberangsangkan,, bila ada musim perayaan seperti aidilfitri dan aidiladha memang tak menang tangan di buatnya,, saban tahun kuantiti tempahan semakin meningkat,, itu tandanya pengemar rendang tok sudah tahu akan "kewujudan" saya yang kerdil ini ^_^,, 
Rendang tok saya ni memang serupa dengan rendang tok yang lain tapi rasa tak sama ye,, kalau nak tahu apa rasanya,, anda kena lah rasa dulu baru tahu hihihi,, memang sedapp,, itu pelanggan yang kata,, bukan saya yang kata ye ^_^,, saya hanya masak dengan kasih sayang,, beri pada yang nak makan,, bab rasanya sedap atau tidak itu urusan pelanggan yang menilai,, bila pelangan kata sedap,, "syukur Alhamdulillah,, saya ada impian untuk berkhidmat kepada sapa2 saja yang teringin merasa rendang tok saya",, kalau tak sedap tak kan pelanggan repeat order saban tahun kan,, apapun saya bersyukur sangat kerana resepi rendang tok arwah ibu mertua saya ni sedikit sebanyak membantu saya meningkatkan taraf ekonomi keluarga insha Allah,, Alhamdulillah duit yang di kumpul ni sudah pun saya jelaskan yuran pengajian sem akhir,, moga urusan pembelajaran saya di permudahkan ,, aminn,,
kalau anda nak rasa rendang tok saya boleh dapatkan set pulut kuning rendang tok di petronas presint 9 Putrajaya (berhadapan dengan Depoh Bas Presint 9),, saya start hantar pada ogos 2015 nanti sebab sekarang ni masih bercuti raya lagi,, namun begitu saya still terima tempahan untuk aidilfitri,, berminat nak order terus whatsapp 0139806306 ye,, 

No comments:

Post a Comment