Sunday, May 15, 2016

ALHAMDULILLAH,, TAWARAN BAZAR RAMADHAN 2016


Assalamualaikum,,

Alhamdulillah,,, tahun ni dah niat nak niaga bazar setelah berehat dari aktiviti bazar ramadhan selama dua tahun disebabkan anak2 masih kecil,,, tahun ni Ewan dah empat tahun,, so ada ruang dan masa untuk menguruskan dapur pada malam hari,, 

Tahniah juga buat semua peniaga yang mendapat tawaran bazar ramadhan,,, bukan sahaja di tempat yang sama tetapi juga bagi peniaga di seluruh malaysia yang mendapat tawaran berniaga bazar ramadhan tahun ni,, tak kiralah berapa pun kos tapaknya kerana setiap lokasi tidak sama pembayarannya,,, apa yang penting kita kena berniaga ikhlas kerana Allah taala,,, selain itu juga ia juga sebagai ibadah dan amal jariah sebab membekalkan serta menyediakan keperluan bagi orang-orang islam yang berpuasa,, semoga rezeki kalian melimpah ruah pada bulan Ramadhan yang mulia ni,,,

Tahun ni menu jualan seperti tahun-tahun sebelum ni juga,,, mana yang dah biasa membeli tu memang tahulah menu saya,,, rasa, kualiti, kuantiti dan harganya masih lagi KEKAL dari tahun 2009 lagi,, so tiada GST dan lain-lain yang di kenakan,,, cuma ada penambahbaikkan dari segi pakaging sahaja yang berubah ^_^,,

Menu tahun ni adalah PULUT KUNING, RENDANG AYAM, RENDANG TOK, WAJIK DAN LEMANG,,, selain tu tempahan pulut kuning dan rendang tok juga di buka untuk perayaan,,, dan penghantaran adalah dua hari dan sehari sebelum raya di sekitar lembah klang,,, caj penghantaran juga berbaloi dengan kadar rata iaitu RM10 sahaja bagi setiap penghantaran,, 

Untuk Tempahan Raya 
Whatsapp 013-9806306
Boleh rujuk gambar di instagram saniah_rendang_tok

kengkawan,,, doakan saya sentiasa sihat sepanjang ramadhan ini dan semoga segala urusan saya dang kengkawan yang lain dipermudahkan,, amian,, thanks u olls,, muahh ciked!!,,

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. tahniah dapat tapak ye..
    saya pun berminat untuk join tapi mesti akan terlepas tarikhnya.. hurmm. takpelah cuba tahun hadapan pula insyallah..

    Blogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye

    Bina Blog Berkualiti site...

    ReplyDelete
  2. terima kasih hasif,, insha Allah ada rezeki tu nanti,,, jangan lupa tahun depan ye..^_^

    insha Allah kita singgar umah u plak,

    ReplyDelete