Salam,,,salam,,salam,,
hai semua,, saya share resepi red valvet cheese kek
tapi maaf ye gambar takde
masa buat kat giatmara tak ambil gambar
tapi lebih kurang macam ni lah
cuma yang ni cantik sikit kejadiannya
kek amator macam aq ni nampak selekeh sikit hikhikhik
gambar ni kek cantik,, ambil kat google
tq dan kredit pada pemunya gambar ni
nampak cantik sure sedapp kan??
BAHAN RED VALVET
500g Tepung ready made red velvet
100ml Air biasa
200ml Minyak jagung
4 biji Telur
BAHAN CREAM CHEESE
250G cream cheese
50g butter
90g icing
(mixer sampai sebati, jika keras boleh letak susu uth atau whipping cream 10ml)
CARA
1. Caranya semudah 1,2,3 iaitu mixer semuanya sehingga kembang
2. Bakar dalam loyang saiz 8"
3. dah masak dan sejukan atas redai dua atau tiga ikut suka hati menjadi kepingan bulat
4. guna loyang yang boleh laras, lapiskan kek red velvet dengan cream cheese
5. buat lagi lapisan kek red velvat dengan cheese
6. buat topping dan layer kek dengan lebihan cheece
** cream cheese tu cukup buat untuk lepa kek, topping dan lapisan nipis di dalam,, mana yang suka cheese dan nak buat lapisann dalam cheese yang tebal kena tambah cheese 2 kali ganda ye,,, aq kurang sikit dengan cheese sebab cepat muak hehe...
bakar 180
masa 35-45 minit
No comments:
Post a Comment