Monday, December 2, 2013

Rendang Tok Masuk Lab di Mardi Untuk Test BioKimia

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pembungkusan dan perlebelan sememangnya proses yang perlu dilakukan untuk para usahawan menyalurkan produk mereka ke market/pasaraya atau sebagai penarik para pelanggan mencuba produk anda tampa rasa ragu keatas bahan-bahan kandungan produk anda kerana selapas ujian yang dilakukan oleh MARDI keatas produk, anda akan dapat sijil perakuan daripada MARDI dan ia boleh menjadi bukti kepada pengguna menggunakan produk anda tanpa was-was.
Sebelum anda membuat stiker pakaging, anda perlu melalui proses-proses berikut:-
1. Mendaftarkan Jenama anda atau trademark di MyIPO
2. Membuat ujian biokimia keatas produk
3. Membuat ujian nutrisi keatas produk
4. Proses buat stiker pakaging
Minggu lepas ibu ada appoitment dengan pegawai MARDI untuk menguji kandungan biokimia keatas makanan sebelum ke proses ujian nutrisi  untuk urusan proses pembungkusan atau labeling. sebelum ibu menceritakan lagi pengalaman ibu dengan MARDI, ibu nak kongsikan beberapa perkara kepada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan atau usahawan seperti ibu yang telah berniaga dan hendak meng-upgred kan pembungkusan bolehlah mengikuti proses yang ibu buat ini.
Sebelum membuat kandungan nutrisi (seperti dalam label), ujian test biokimia perlu dibuat untuk mengetahui kandungan kimia/kuman keatas produk yang ingin di pasarkan, jika kandungan nutrisi dibuat tanpa melalui proses ujian biokimia/kuman keatas produk tersebut berkemungkinan kandungan produk ada mengandungi kimia berlebihan/kuman tanpa di sedari.
Pertama sekali perlu berurusan dengan pihak MARDI untuk pertanyaan mengenai pemprosesan ujian biokimia/kuman bolehlah telefon pegawai MARDI iaitu En. Raja Arif 03-89437825 atau Pn. Nurul 03-89441442 untuk membuat appoitment, boleh juga membuat permohonan melalui email ke del@mardi.gov.my, sertakan sekali butiran maklumat nama penuh, alamat dan no. talifon. Kemudian akan dapat maklumbalas seperti berikut.
Imej
Imej
Pegawai MARDI akan berikan tarikh untuk hantar sample. di sini ibu ingin memberitahu anda jika anda hendak memasarkan produk dalam pakaging dalam suhu bilik anda perlu membuat sampel suhu bilik, jika anda mahu memasarkan produk frozen anda perlu menghantar sample frozen. sample yang hendak diuji mestilah berat sample 100 gram ke atas.
Imej
Lagi satu, jika hendak hantar sample frozen perlu mengekalkan suhunya dengan menggunakan ais box. 
dan kalau nak pasarkan suhu bilik kena bawa sample suhu bilik,,, boleh test kedua-duanya sekali,,,Sampai disini dahulu ibu share dangan anda, insha Allah lain waktu ibu update lagi.
~:Sekian sahaja dari Coretan Hati Ibu:~ 

No comments:

Post a Comment