Tuesday, December 3, 2013

Tentang Rendang Tok Saniah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah,, akhirnya ada juga kesempatan untuk mencoretkan cerita tentang rendang tok. Sebenarnya saya berasal dari Pontian, Johor dan suami orang Kampung Pasir, Slim River. Perak
Kalau nak di ikutkan memang tiada kaitan langsung dengan rendang tok, sebelum kahwin dengan suami  langsung tak kenal rendang tok nak buat pun tak tahu, yang saya tahu bila tiba musim perayaan juadah penting ialah burasak, lapat lueh, lepat-lepat,ketupat, asam pedas, ayam masak merah, kuah kacang dan masak lodeh.

Apabila berkahwin dengan suami, tiba musim perayaan dan giliran belah suami menu pun bertukar kepada lemang dan rendang. pernah terjadi masa baru kahwin saya masak rendang di Johor sebab turn Johor tahun tu suami cakap terang-terang rendang yang di masak tu tak sedap, dia cakap “balik kampung be (panggilan suami) nanti belajar dengan mak tau”. hehehe first time suami kata ibu masak tak sedap dan pada masa tu m ak mertua masih ada lagi,,,
Arwah mak mertualah yang mengajar buat rendang, kat kampung pasir nama arwah mak andak (panggilan orang kampung) memang terkenal kerana arwah pakar masak pengantin sepanjang hayat beliau, pekerjaannya ialah memasak kenduri kawin di kampung menjual kuih-muih di depan rumah dan menjual hasil tamanan di keliling rumah.

selain beliau, saya juga belajar masak rendang tok dengan kakak ipar dan anak buah, orang kata “tak tahu maka tak cinta”. belajar sehingga pandai dan di puji oleh suami sendiri. sebelum merancang untuk berkongsi keenakannya kepada orang ramai, saya cuba memberi kepada kengkawan dan kenalan untuk mendapat kepastian sama ada rendang tok boleh di kongsi keenakannya atau tidak.
alhamdulillah, ramai yang kata rendang tok sedap, boleh di kongsi bersama dan ada yang tempah lagi heheheh. Dah dua tahun berkongsi dengan menambah nilai hidup ramai orang secara kecil-kecilan sebelum melangkah ke alam maya pada september 2013.

Bagi mereka yang belum mencuba keenakkannya, jangan merasa ragu-ragu kerana ibu telah menguji tahap kualiti bahannya di Pusat pemprosesan makanan MARDI Serdang, ianya bebas dari sebarang pengawet dan perasa tiruan.
di maklumkan untuk pengemar rendang tok,, setiap bulan ramadhan rendang tok akan beroperasi di Bazar Ramadhan Presint 2, Putrajaya,,,anda juga boleh menempah untuk musim perayaan dan majlis kesyukuran,,

Rendang Tok Saniah juga telah mengorak langkah kearah kualiti pembungkusan dari semasa ke semasa untuk memberi kepuasan kepada orang ramai, kalau dahulu hanya dapat menghantar rendang tok ke Lembah Klang sahaja, kini di utara semenanjung pun Rendang Tok Saniah dah jejak,
Alhamdulillah, Syukur kepadaNya.

SANIAH RESEPI OPAH.1

No comments:

Post a Comment