Wednesday, July 24, 2019

RESEPI BISKUT ROLLED / BISKUT NESTUM

Salam salam salam,,, untuk korang yang baru suka suka buat biskut macam aku ni,,
boleh lah try resepi di bawah ni ye,,
ni resepi cikgu Hajar Giatmara,,
untuk permulan boleh lah guna resepi ni
sapa yang ada anak2 kecil boleh buat sebab bebudak suka biskut ni wehh
nanti dah pandai boleh lah gubah ikut resepi sendiri
tapi jangan derhaka dengan resepi tau!!
haha,,
kang doh cair dalam oven tu hehe...
selamat mencuba,,



BAHAN
250 G     MENTEGA
250 G    TEPUNG GANDUM
130  G    TEPUNG JAGUNG
120 G    GULA ICING
60  G      SERBUK BADAM
40 G      NESTUM (KISAR HALUS)
1 BIJI     KUNING TELUR
1 TSP    ESEN VANILA
1 BIJI     KUNING TELUR (HANCURKAN N TAMBAH 2 TITIK EGG YELLOW)
***          NESTUM HIASAN SECUKUPNYA


CARA
1. Pukul mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla
2. Mangkuk lain, satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badan dan nestum kisar, gaul hingga rata. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan bahan2 yang disatukan tadi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang boleh dicanai.
3. Bulat2kan doh, dan tutup dengan kain yang telah dilembapkan. Bahagikan doh kepada 4 bahagian, ambik satu bahagian, canai setebal 1/2 cm. Terap dengan acuan dan susun dalam tray pembakar.
4. Sapukan kuning telur atasnya dan tabur sedikit nestum sebagai hiasan.  
                              
     SUHU 170C
     MASA 20 MINIT

















ni contoh biskut nestum aq ambil kat pak google,,
kredit buat yatiememories kerana gambar yang cantik

No comments:

Post a Comment