Monday, August 26, 2019

Rumah Idaman Saya

http://www.rekabentukrumah.com/photo-items/design-rumah-c1-56-4bilik-3bilik-air-30x60-1635-kaki-persegi/

park sini dulu ek,,
kang nanati berduit baru buat rumah
bila tu tak tahu lah bila masanya..
ikut pada rezeki la huhuuh
doa - doakan semoga anie dimurahka rezeki,,
aminnn




Friday, August 23, 2019

Resepi Gumpaste



GUMPASTE
=========
500         ICING SUGAR
2TBSP    SODIUM BEZOATE
50G        GELATIN
250ML   AIR
1KG       CORN FLOUR

1. Ayak gula icing bersama soda benzoate
2. Rendam gelatin dengan air sehingga kembang, panaskan atas api hingga larut
3. Masuk gula dalam mixer, masukan larutan gelatin, guna paddle pukul high speed hingga kembang
4. Bentangkan plastik wrapping atas meja dan tuang 2 senduk dalam plastik wrapping dan wrapping dengan kemas, buat sehingga adunan habis
5. Wrapping semalaman, simpan dalam bekas kedap udara.

Ambil beberapa bungkusan doh yang hendak diguna, warnakan mengikut kesukaan dan bungkus kembali jika tak gunakan untuk mengelak ia menjadi keras.

Gumpaste ni cepat keras sebab tu kena cantumkan cepat2 bila buat bentuk yang hendak di cantumkan seperti figurin, mula2 buah kasut pastu kaki pastu badan, tangan dan kepala. Lepas buat satu kena cantumkan terus, tak boleh buat semua baru nak cantumkan, kalau doh tu keras susah nk cantumkan huhu..
.
Gumpaste ni sesuai buat topping kek, karektor dan bunga, gumpaste ringan daripada fondant dan cepat keras daripada fondant..
.
Untuk balutan kek sesuai guna fondant .. Saya ada share resepi fondant di blog ni juga.. Boleh taip 'resepi fondant' kat carian di sebelah kanan tu ye..bye


Resepi Fondant



Fondant adalah adunan campuran gula icing, dan beberapa bahan untuk membantuk doh yang digunakan untuk membalut kek sebelum membuat deko atau topping kek menggunakan gumpaste..
.
Fondant ni dia hanya untuk balutan kek sahaja sebab doh dia berat ye... Kalau buat topping atau bentuk mainan di atas kek dia jadi melendut huhu... Dalam kata lain dia macam layu kebawah sebab fonfant lambat keras..contoh kalau anda buat kapal terbang kan.. Jap lagi sayap dia membengkok ke bawah... Haha faham kan..
Itu yang kak ita ajar anie masa kursus buat figurin dan bunga buttercream ...

FONDANT
========
600G     GELATIN
250ML  AIR SEJUK
480G     LIQUID GLUCOSE
3KG      GULA ICING
2TSP     ESEN HONEY DEW/ TUTTY FRUTTY

1. Rendam gelatin dengan air hingga kembang.
3. Larutkan liquid glucose dengan sedikit air dalam mangkuk lain
4. Larutkan gelatin atas api dan campurkan liquid glucose dalam larutan gelatin, masak hingga larut sepenuhnya, api slow
5. Masukan gula icing dalam mixer, masukan larutan dan mix dan tambah esen honey dew
6. Guna paddle, pukul hingga sebati
7. wrapping dan simpan semalaman, masukan dalam bekas kedap udara

Ambil bahagian yang nk di uli, jika doh tu terlalu lembut boleh campurkan sedikit tepung sehingga tak melekat di tangan.. Guna rollong pin untuk meleperkan fondant setebal 3-5mm, pastu balut keseluruhan kek dengan kemas dan potong lebihan fondant..dah siapp haha mudah kan

Untuk deko toppping anie share resepi gumpaste di blog anie ye.. Boleh taip 'resepi gumpaste' kat kotak carian sebelah kanan tu ye.. Bye.



Tuesday, August 20, 2019

RENDANG TOK PASTE / PES RENDANG TOK

Jom grab pes rendang tok keluaran saya
di jamin sedapp,,
tanpa susah untuk menyediakan
semudah satu dua tiga hehehe..

rebus daging sehingga lembut dan tos
tumis pes rendang tok dengan sedikit minyak
masukan daging dan santan
masak hingga sebati
kecilkan api dan masak sehingga keluar minyak atau pecah minyak
pes ni dah sedia ada garamnya
kalau nak tambah garam ikut suka ye
sedia di hidang
mudah kan???

nak try??
boleh order di sini
juga boleh order di sini
Senang saja kan... Semudah ABC huhu..




Monday, August 19, 2019

1997 HONDA CITY 1.5 (M) - KERETA UNTUK DI JUAL, PUTRAJAYA



KERETA UNTUK DI JUAL

MODEL : HONDA CITY 1.5 (M)
TAHUN : 1997

MILEAGE : 175000

ROAD TAX IDUP LAGI

BERKEADAAN SEDIA ADA

BOLEH TENGOK KERETA DI PUTRAJAYA

HARGA RM5500 NEGO

WASAP www.wasap.my/60319806306 

NAK JUAL SEBIJI DARIPADA 3 BIJI KERETA, KURANGKAN KOS ROAD TAX DAN KERETA JARANG GUNA.