Friday, August 23, 2019
Resepi Fondant
Fondant adalah adunan campuran gula icing, dan beberapa bahan untuk membantuk doh yang digunakan untuk membalut kek sebelum membuat deko atau topping kek menggunakan gumpaste..
.
Fondant ni dia hanya untuk balutan kek sahaja sebab doh dia berat ye... Kalau buat topping atau bentuk mainan di atas kek dia jadi melendut huhu... Dalam kata lain dia macam layu kebawah sebab fonfant lambat keras..contoh kalau anda buat kapal terbang kan.. Jap lagi sayap dia membengkok ke bawah... Haha faham kan..
Itu yang kak ita ajar anie masa kursus buat figurin dan bunga buttercream ...
FONDANT
========
600G GELATIN
250ML AIR SEJUK
480G LIQUID GLUCOSE
3KG GULA ICING
2TSP ESEN HONEY DEW/ TUTTY FRUTTY
1. Rendam gelatin dengan air hingga kembang.
3. Larutkan liquid glucose dengan sedikit air dalam mangkuk lain
4. Larutkan gelatin atas api dan campurkan liquid glucose dalam larutan gelatin, masak hingga larut sepenuhnya, api slow
5. Masukan gula icing dalam mixer, masukan larutan dan mix dan tambah esen honey dew
6. Guna paddle, pukul hingga sebati
7. wrapping dan simpan semalaman, masukan dalam bekas kedap udara
Ambil bahagian yang nk di uli, jika doh tu terlalu lembut boleh campurkan sedikit tepung sehingga tak melekat di tangan.. Guna rollong pin untuk meleperkan fondant setebal 3-5mm, pastu balut keseluruhan kek dengan kemas dan potong lebihan fondant..dah siapp haha mudah kan
Untuk deko toppping anie share resepi gumpaste di blog anie ye.. Boleh taip 'resepi gumpaste' kat kotak carian sebelah kanan tu ye.. Bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment