Sunday, September 1, 2019

Resepi Swiss Meringue Buttercream

Biasanya bagi mereka yang tak berapa suka buttercream yang ada shortening atau creamwell atau cream yang agak berminyak sedikit mereka lebih gemar swiss meringue buttercream... Buttercream ni sesuai untuk pelbagai jenis kek terutamanya kek pandan gula melaka... Haaa cakap kek pandan gula melaka semua orang pun suka kan sebab buttercream dia sedapp... So anie kongsikan resepi ni di bawah ye..

Resepi swiss meringue buttercream
60g putih telur
120g gula icing
170g butter

1.Panaskan air dalam periuk hingga mendidih.. Pastu tutup api dan letak atas meja..
2. Pukul putih telur dan gula hingga kembang dalam bowl yang direndam dalam air panas..guna teknik double boil..
3. Alihkan periuk berisi air panas.. Dan tukar periuk berisi air sejuk dan letakan sedikit ketulan ais... Guna teknik double boil yg sama cuma menggunakan air sejuk dan ais saja.
4. Potong dadu butter yang masih sejuk tadi dan masukan satu persatu kedalam bowl berisi telur dan pukul lagi hingga sebati.. Jgn laju speed nanti butter cair..
5. Letak pewarna yang disukai dan masukan dalam piping bag..

resepi asal gula kastor 100g tapi anie buat 120gm coz anie guna gula icing.. Butter dia anie guna cowfarm yang dah ada garam dia.. Nak guna buttercup pun boleh.. Ikutlah mana yang awak suka...

No comments:

Post a Comment